Hakikat Insan - Wasiat Datukku
UNTUK ALLAHYARHAM DATUK KU TERCINTA (WASIAT DATUK KU).
Ke hadapan datukku Almarhum Tuan Guru Haji Othman Yaakub (Raden Purba Jaya) yang dikasihi dan dicintai, semoga di dalam kandungan sihat Wakafkan serta mendapat rahmat agung daripada Allah s.w.t. Sesungguhnya aku sering berdoa kepada diriku dan dirimu moga-moga kita berdua mendapat keredhaan Allah di alam yang kekal (akhirat).
Datukku yang ku kasihi,
Sesungguhnya aku tidak pernah terdetik dihatiku bahawa engkau telah kembali ke tempat asal kita. Aku masih merasai bahawa engkau hidup bersamaku di alam fana ini. Bagaimana keadaan mu sekarang? Maka sudah tentu engkau akan memberi jawapan positif kepadaku, sihat walafiat serta mendapat perlindungan Allah s.w.t. seperti dilindungiNya Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, Aulia-Aulia, Wali-Wali Allah. Maka berbahagialah engkau wahai datukku.
Warkah ini kuhadapkan kepadamu sekadar untuk menyatakan hasratmu dahulu untukku menghasilkan sebuah catatan pengajian tasauf seperti yang pernah engkau didikku dikala aku kecil dahulu. Didikan mu sejak umurku 40 hari sampailah kembalinya mu ke hadrat Allah s.w.t. di dalam merentas cara penghidupan dan pembelajaran ilmu tasauf, suatu ilmu yang memakrifatkan dirimu dengan Allah s.w.t. dan menjadi pusaka kepada diriku sendiri. Maka dengan berkat didikan mu serta dorongan hasratmu dikala itu maka pada hari ini terhasillah sebuah coretan catatan buku petua-petua ilmu tasauf yang kunamakannya dengan suatu nama yang pernah engkau sebut dahulu iaitu Hakikat Insan.
Apakah engkau lupa dengan nama ini? Tentunya tidak. Sebab inilah yang sering engkau wasiatkan kepadaku ....... "Bongsu, carilah hakikat insan dan hakikat dirimu sampai engkau ketemui, jika kamu ingin bersama Tuhanmu di dunia dan akhirat". Sempena nasihatku inilah aku panjangkan pula ke dalam buku catatanku Hakikat Insan dengan suatu harapan ianya menjadi tapak panduan pada diriku, isteriku, anak-anakku serta keturunanku dan manusia sejagat.
Sesungguhnya nasihat dan wasiatmu kepadaku ini tetapi akan sampaikan kepada diriku dan manusia sejagat. Aku masih lagi teringat kisahku bersama denganmu sejak kecil, dimana engkau bertindak sebagai datuk pada seorang cucu dan sebagai pendidik pada seorang murid (cucumu), tentang suatu pesanan yang kau sering ulangi kepadaku pada setiap waktu Subuh. Apakah engkau melupai apa yang kau lakukan padamu pada setiap waktu Subuh? Engkau memegang kepalaku sambil membaca dengan suatu pesanan yang engkau puaskan dari gurumu Tok Kenali dengan berkata:
يابني لاتشركبالله. وأقيم الصلاة وأمر بالمعروف وأن عن المنكر وتو٠من بالله وان شا٠الله كان من المو٠ منون حقاً
Selepas itu setiap kali kamu membaca pesanan ini, engkau menghembuskannya pada ubun-ubunku, kamu tahu? Dikala itu umurku 6 tahun, aku tidak mengerti pesanan itu sebenarnya. Aku tidak tahu hujung jatuhnya. Aku hanya mendengar dan membiarkan diriku dipaku olehmu sebegitu. Tetapi setelah kehilanganmu di alam fana ini dan isi aku mulai menjangkau tua barulah aku mengerti betapa halusnya pengajaranmu terhadap diriku.
Betapa besarnya nilai nasihatmu padaku. Betapa sayangmu padaku. Betapa besarnya harapanmu kepadaku untuk membentukkan diriku untuk menjadi seorang Mukmin yang sejati. Semakin lama kurenung nasihatmu, semakin sebak dada ini. Semakin beratlah tanggungjawabku untuk menunaikan pesanan dan nasihatmu.
Sesungguhnya wahai datukku, nasihatmu ini bukan sahajaku pegang untuk diriku, malahan aku warisi pula cara dan nasihatmu ini kepada anak-anakku, Norazamiah, Norazlina, Mohd Hafizu dan anak-anakku yang lain malahan aku wasiatkan pula kepada mereka supaya mengamalkan petuamu ini untuk diwarisi pula oleh anak dan cucu mereka dan keturunan mereka sampailah alam kabir ini mengalami kiamat. Begitulah pula dengan anak-anak muridku dikala ini, kuwasiatkan juga pada mereka supaya meneruskan didikan murnimu itu kepada dirinya dan keturunannya sebagai lanjutan mata rantai untuk diwarisi oleh manusia sejagat.
Datukku yang kusayangi,
Masih terngiang-ngiang lagi telingaku satu lagi nasihatmu padaku yang paling berharga yang menjadi pusaka abadi kepadaku dan keturunanku dan menjadi pusaka kepada muridku dan keturunanku dan menjadi pusaka kepada muridku dan keturunannya ialah wasiat terakhirmu disuatu malam ditepi telaga di kampung kita iaitu seminggu sebelum engkau meninggal dunia. Aku masih lagi teringat betapa heningnya malam itu San gementar tubuhku dikala engkau berkata:
"Bongsu, marilah kita pergi ke telaga raya di sebelah jalan tu, kita duduk bersama-sama di sana di bawah teduhan pokok bacang" . Engkau mengheret tanganku dalam keadaan pelik. Lantas aku menuruti kehendakmu dan kita duduklah bersama di atas tunggul cengal berhampiran dengan perigi itu sambil menghisap rokok dan tenang sekali. Kau senyapkan suaramu seketika dan aku juga turut kaku dengan telatahmu yang kulihat di celah-celah cahaya api pelita yang kita bawa bersama-sama itu. Aku mulai dapat melihat aliran air jernih mulai mengalir keluar dari kelopak matamu. Dalam keadaan hening-bening begitu lantas terkeluarlah kata-kata di bibirmu: "Bongsu, dengar baik-baik, Ini adalah pesananku yang terakhir. Cukup rasanya aku mengajarmu dan ini adalah yang terakhir bagiku untuk menyatakan sesuatu kepadamu, Bongsu. Sebenarnya, mengikut ilmuku saat-saat kematianku telah tiba. Pada hari Sabtu depan diwaktu beduk Isyak berbunyi dipukul orang, maka saat itulah sebenarnya aku akan menghembuskan nafas yang terakhir untuk kembali ke tempat asal kita."
Datukku, kamu tahukah perasaanku di saat itu seluruh tubuhku gementar, mulutkubterkuncinkaku seolah-olah dunia ini hancur, perasaanku lumat, nyawaku juga seakan-akan melayang bersama kata-katamu. Terbayang dihati saat perpisahan itu sedangkan aku harus ke Universiti Pertanian esok.
Saat peperiksaanku adalah di saat yang sama dengan saat-saat pemergianmu. Dalam keadaan kaku terpaku dengan lamunan perasaan hiba itu terkeluar lagi kata-katamu kepadaku. Apakah engkau mengingatinya? Sudah tentu dan engkau berkata: "Bongsu, dengarlah baik-baik wasiat ini. Pertama-tamanya engkau jangan sekali-kali melupai dirimu, diri Allah dan diri Muhammad. Carilah Allah dan Muhammad sampai jumpa, kalau engkau ingin selamat dunia dan akhirat."
Keduanya, "Jangan sekali-kali Bongsu tinggalkan sebahyang walaupun satu rakaat. Jika kamu tinggalkannya nescaya engkau akan ditimpa musibah yang besar."
Ketiga, "Bongsu, jikalau engkau ingin mencari ilmu dan menuntut, carilah di saatmu muda, jikalau kamu inginkan kekayaan, carilah di masa muda dan jikalau kamu ingin beribadat, beribadatlah di masa muda, engkau pegangilah kataku ini dengan baik dan wasiatkanlah kembali hal yang sama ini kepada keturunanmu dan manusia sejagat. Sesungguhnya inilah pusaka yang ku warisi daripada keturunanku, moyangmu dan direstui pula oleh guruku Tok Kenali."
Datukku yang tercinta,
Sesungguhnya hasil daripada petua hidupmu dan wasiat mulah maka dapatlah aku mendidik diri sendiri, aku mendidik keturunan ilmuku dan aku memberitahumu, aku tidak akan melupainya buat selama-lamanya.
Seperkara lagi yang sering menerpa pemikiranku dan menjadi galakan kepada ku tentang ilmu yang ku pusakai ini adalah suatu bentuk ketegasan waja yang ditunjukkan olehmu kepadaku di malam wasiat terakhir itu, apakah yang engkau perkatakan kepadaku?
"Bongsu, aku tegaskan kepadamu apa sahaja yang ada padaku adalah sama dengan ilmu yang ada pada dadamu, pegangilah ianya walaupun sejuta manusia menuduh kamu kafir, gila dan fasik, sesungguhnya ilmumu dan ilmuku adalah benar-benar warisan keturunan kita dan warisan guruku Tok Kenali dan Tok Kemuning. Sesungguhnya aku warisi ilmuku ini daripada moyangmu dan aku tokok tambah di dalam pengajianku dengan guru-guru yang lain. Jikalau Tok Kenali salah, maka apa sahaja yang ada pada dadaku dan dadamu adalah salah, maka biarlah salah sekalipun asalkan ianya ilmu Tok Kenali dan ilmu moyangmu (Raden Warjono) serta keturunan kita. Sebarkanlah ilmu Tuhan ini kepada keturunanmu dan manusia sejagat."
"Sebagai dalil kebenaran kata-kataku ini, perhatikanlah saat-saat kematianku. Di antaranya peristiwa-peristiwa aneh, pertama, aku akan menghembuskan nafas terakhirku setelah sahaja masuk waktu Isyak hari Sabtu. Kedua, kuburku akan mempunyai pasir sedangkan tidak logik bagi tanah kubur kampung kita ini berpasir. Ketiga, aku akan menunjukkan kepadamu kesaktian Tuhanku ketika menghantarmu ke stesen keretapi untukmu ke Universiti. Jika ketiga-tiga peristiwa in tidak berlaku, maka sesungguhnya ku tegaskan bahawa segala ilmu yang ada pada dadaku adalah salah dan tentu aku akan menjadi manusia yang terhina di alam baqa' nanti. Maka ku wasiatkan kepadamu jika hal demikian tidak berlaku, kau kencinglah di nisan sebelah kakiku, kau beraklah di atas kuburku setiap pagi Isnin dan Jumaat selama tujuh keturunan. Ingat wasiatku ini.
Jika hal ini benar-benar berlaku, maka pegangilah ilmu yang ada pada dadamu walaupun sejuta manusia menyatakan kamu kafir, gila dan fasik. Inilah penegasanku wahai cucuku, Bongsu. Aku takin dengan ilmuku dan kau saksilah sendiri. Semoga Allah mere dhabi kita bersama.
Datukku yang kukasihi,
Sebagai pengetahuanmu, segala penegasanmu di saat kematianmu sememangnya berlaku. Aku tidak ada syak lagi dihatiku tentang kebenaran wasiatmu. Kutegas kembali kepadamu, walau sedunia manusia menyatakan aku kafir, gila dan fasik. Biarlah aku kafir, gila dan fasik bersama-sama denganmu dan gurumu Tok Kenali.
Sebagai pengetahuanmu sesudah hilangnya mandi dunia fana ini dan bagi menegaskan perjuangan mencari Allah dan Mhammad, aku telah pun menjelajahi seluruh Tenggara Asia di masa-masa kelapanganku untuk bertemu dan bertanya kepada guru-guru hakiki dan makrifat bagi tujuan mendalami ilmu tasauf ini. Hampir 12 tahun rasanya aku bertindak sedemikian. Tok fakir mana yang tidak kutemui. Orang gila mana yang tidak kutemui. Semuanya aku cuba sedaya upaya menemui mereka dan bertanya tentang ilmu pegangan mereka (ilmu tasauf).
Aku jelajahi seluruh Pattani (Thailand), Sumatra, Jawa, Brunai, Singapura, Sulawesi dengan satu tujuan untuk mencari dan menemui mereka yang mewarisi ilmu tasauf. Di mana sahaja guru masyhur, aku menemuinya.
Di mana sahaja manusia yang aneh kelakuannya aku temui ya sehingga perangai keanehan mereka sedikit sebanyak melekat pada tabiat perangaiku.
Biarlah apa yang terjadi, namun wasiatmu tetapku pegangi buat selama-lamanya.
Bagi mengakhiri warkahku ini, aku benar-benar mengharapkan doa restu darimu semoga diriku dan dirimu diredhai oleh Allah s.w.t. Sebagaimana diredhaiNya Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, Aulia-Aulia, para Siddiqin, para wali Allah yang terdahulu dan yang terkemudian daripada kita nanti.
Sekian, Wassallam.
Daripada cucumu,
HAJI AHMAD LAKSAMANA (INDRA BONGSU)
Buku hakikat insan ini ada lah satu karangan yang bercampur aduk kebenaran dan kebathilan. Bercampur2 yg haq dan bathil. Orang2 bodoh yg tidak ada asas ilmu Tauhid dan Tasauf yg kukuh mmg akan terpesona apbila membaca nya kerana ia di anggap satu perkara baru pada mereka itu. Banyak sekali perkara dalam buku ini dibentangkan kepada pembaca tanpa sandaran kepada Al-Qur'an dan Hadith, tetapi hanya lah terhasil dari fikiran liar penulis atau pun guru dari mana ia belajar. Pastinya guru tersebut bukan seorang guru mursyid. Kerana guru mursyid pastinya akan menunjukkan bagaimana seseorang harus melakukan solat. Seorang guru mursyid akan menerangkan semua pergerakan dan bacaan dalam solat serta kerja2 jiwa dlm solat. Bagaimana hendak khusyu' dalam solat dan sebagainya. Kerana jika dilihat dari Firman Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 1 & 2 bererti orang yang beriman itu adalah mereka yg khusyu' dalam solat mereka.
ReplyDeleteAssalamualaikum,saudaraku yg kukasihi,kenapa begitu cepat menuduh perkara itu batil,dlm kitab hakikat insan itu sendiri ada jaln menuju khusyuk,cuma mungkin saudara tdak menemuinya,atau saudara mnbaca buku ini dgn penuh emosi,sudara tidak menemui dlil sandarannya dari al quran,bukan bererti x ada,tapi sya yakin sudara.blm menjumpai,kerana al quran itu terlalu bnyak penafsirannya,ajal x mampu mentafsirnya secara sempurna,melainkan hati jiwa yg dberi petunjuk oleh allah azzawajallah...sungguhlah allah itu amat rahasia...dan manusia yg berwujud amat kenal allah itu ialah junjungan nabi saw..andai tuan tidak dpt khusyuk dlm solat tuan...sememangnya itu tahap ke ilmuan masing masing,...marilah kita memperbaiki diri dan amalan kita,semoga apa yg kita cari mendapat keridhoaan ilahi...
DeleteBodoh kamu tu jangan tunjuk..malu kat orang..haha
Deletesaudara yang bijak....
ReplyDeleteakal manusia biasa terbatas dan mengikut maqam masing2 setelah mempelajari dr guru yang mursyid dan pada mata mereka yang melihat sahaja. ketahuilah bahawa Ilmu Allah itu luas dan hanya secalit jari sahaja yang dapat diperolehi oleh masing2. ingatlah bahawa quran itu ada terjemahan dan terjemahan itu terselit tafsiran. wassalam....
Nama pun hakikat , kalau nk belajar solat cari buku fekah ler
ReplyDeleteNi salah satu cabang ilmu jgk x pyh nk pertikai
Komen terbaik
DeleteSya setuju wahai a joy...komen ringkas tapi kena pada D tempatnye
ReplyDeletetiga aliff..cari..CARILAH AKU DI AWAL MULA..DI AKHIR TIADA AKHIRNYA..
ReplyDeleteTolong invite pin bb saya 26137041 . Catatan buku haji ahmad laksamana yg anda tulis sama persis dengan buku yg saya peroleh dari guru saya. Saya ingn bicara dengan anda lewat bbm'n
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehttp://isicatatankuu.blogspot.com/2015/08/hakikat-insan-1985-terjemahan-indonesia_29.html
ReplyDeleteAlhamdulillah, sy masih mempelajari ilmu Allah ini. Semoga kita dapat berluang masa dlm hakikat insan
ReplyDeleteIn shaa Allah..aamiiiiiinn
Ramai yg berkata buku ini malahan pengarang dan pengikut sesat lagi menyesatkan.. bodoh letak kat kepala lutut dan macam2lah.. Cuba kita cari dan fikir kemana pengarang buku ini sekarang?
ReplyDeleteassalamualaikum...biar lah di kata sesat di manusia..antara kta hnya pd allah tmpt berserah...siapa kita hak nk menghukum salah..fanakn dri segala ilmu dri Nya jua...yg maha Esa
ReplyDeleteAssalamu'alaikum smua saudaraku.
ReplyDeleteSaya turut simak, kalau kt berbicara hakikat insan saya langsung sj ke intinya tp sebelumnya sy jg mohon maaf buat saudaraku yg tak paham maksud sy simpan kt kata ini dan mohon tanyakan kepada ahlinya
Hakikat insan aku-Allah, Allah-aku
Assalamu'alaikum