Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Hakikat Insan - Bab Pertama

Hakikat Insan - Bab Pertama DILEMA KEMAJUAN TEKNOLOGI DAN ILMU ALLAH DI ZAMAN MODEN.    Islam dan aqidahnya telah lama wujud, sejak wujudnya manusia pertama Adam a.s. sampailah ke hari ini iaitu di dalam kurun yang ke-21 yang disifatkan oleh manusia sejagat sebagai zaman kemuncak tamadun manusia dan tidak kurang pula di kalangan cerdik pandai dunia menyifatkan masa kini sebagai zaman sains dan teknologi ataupun zaman perang di langit (star wars) dan Islam akan terus hidup yakni wujud sampailah maya ini kiamat.    Islam adalah Syariat hidup manusia yang diperakui oleh Allah akan kesempurnaannya yang tidak terbanding dan ia juga merupakan satu-satu alternatif yakni pilihan cara hidup yang terbaik di alam maya ini dan juga bagi kehidupan di akhirat nanti.    Syariat Islam, akidah Islam bersama dengan Ilmu Allah telah berkembang dari satu dekad ke satu dekad, dari satu zaman ke satu zaman, daripada seorang Nabi ke seorang Nabi, daripada seorang Rasul ke seorang Ra

Hakikat Insan - Wasiat Datukku

Hakikat Insan - Wasiat Datukku UNTUK ALLAHYARHAM DATUK KU TERCINTA (WASIAT DATUK KU). Ke hadapan datukku Almarhum Tuan Guru Haji Othman Yaakub (Raden Purba Jaya) yang dikasihi dan dicintai, semoga di dalam kandungan sihat Wakafkan serta mendapat rahmat agung daripada Allah s.w.t. Sesungguhnya aku sering berdoa kepada diriku dan dirimu moga-moga kita berdua mendapat keredhaan Allah di alam yang kekal (akhirat). Datukku yang ku kasihi,      Sesungguhnya aku tidak pernah terdetik dihatiku bahawa engkau telah kembali ke tempat asal kita. Aku masih merasai bahawa engkau hidup bersamaku di alam fana ini. Bagaimana keadaan mu sekarang? Maka sudah tentu engkau akan memberi jawapan positif kepadaku, sihat walafiat serta mendapat perlindungan Allah s.w.t. seperti dilindungiNya Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, Aulia-Aulia, Wali-Wali Allah. Maka berbahagialah engkau wahai datukku.      War

Hakikat Insan - Istimewa daripada suamimu

Petikan buku Hakikat Insan ISTIMEWA DARIPADA SUAMIMU Untuk isteriku Mek Aji dan anak cucuku sekalian. Mek Aji yang abang cintai dan kasihi. Aku coretkan tulisan aku ini hanya sekadar untuk menjadi ingatan kepada diri sendiri di dalam usahaku untuk menuju ke jalan makrifat kepada Allah s.w.t. dan sekadar menjadi panduan pengetahuan kepada anak cucu yang ingin menuju ke arah matlamat dirinya dengan Allah s.w.t.  Awal-awal lagi aku ingatkan kepada sesiapa yang membaca buku catatanku ini, supaya janganlah sekali-kali membawa hal ini ke pengetahuan orang-orang syariat yang buta hakikat, bermata ikan kering, walaupun dia dianggap oleh orang ramai sebagai guru dan mengajar orang lain pula. Ini disebabkan semua catatan, pengertian dan istilah-istilah yang terdapat di dalam catatanku ini adalah dibuat dari pandangan hakikat dan makrifat semata-mata. Jikalau kamu bawa hal ini ke pangkuan orang-orang syariat, maka sudah tentu mereka akan terus menyatakan semua catat