Skip to main content

DOA Selepas Solat

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta 'alam. Salawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., kerabat-kerabatnya Dan sahabat-sahabatnya.
Yaa Allah, Ya Rabbi, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Karim, Ya Sami', Ya Basir.
Ya Allah, ampunkan dosa ibuku, Ya Allah, ampunkan dosa bapaku. Masukkanlah mereka kedua ke dalam syurga firdaus Engkau. Jauhkan mereka dari seksa kubur, seksa neraka dan hindarkan mereka kepayahan hari hisab dan kesusahan di Padang Mahsyar serta kesulitan di titian sirath. Terimalah roh mereka sebaik-baik penerimaan dan tempatkanlah mereka di tempat sebaik-baik tempat, sebagaimana roh orang-orang beriman. Amin, Ya Allah, Amin, Ya Allah.
Ya Allah, Ya 'Azhim, Ya Ghaffar.
Ampunkanlah dosa datuk-nenekku dan ahli keluargaku yang sudah mati, yang masih hidup dan yang akan datang dan guru-guruku serta muslimin dan muslimat. Masukkan mereka semua ke dalam Syurga Firdaus Engkau.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Malikul Quddus Sussalam, Ya 'Aziz, Ya Karim, Ya Zaljala li wal-ikram.
Ampunkanlah dosaku, dosa isteriku, dosa ahli keluargaku, dosa anak cucu cicitku hingga hari qiamat. Masukkan kami semua ke dalam syurga Firdaus Engkau. Jauhilah kami dari 'azab kubur, 'azab neraka dan kesulitan hari akhirat.
Yaa Allah, Yaa Allah, tingkatkan iman kami, tingkatkan kesihatan kami dan umur kami dalam beribadat kepada Engkau, tingkatkanlah rezeki kami yang melimpah-ruah dan berkat di dunia dan di akhirat.
Yaa Allah, berilah kejayaan kepada kami, kejayaan di dunia dan di akhirat.
Yaa Allah, berilah kemuliaan kepada kami, kemuliaan di dunia dan di akhirat.
Yaa Allah, rahmatilah kami di dunia dan di akhirat. Berilah kami kefahaman dalam agama kami.
Yaa Allah, Kau jualah tempat memohon dan Engkau jua yang memperkenankan doa.

Dipetik dari:
Mencapai Ma'rifat (Satu Pendekatan).
Oleh: Ibnu Abdullah Al-Naqsyabandi.
Al-Hidayah Publications
Http://www.hidayah.com.my

Comments

Popular posts from this blog

99 NAMA ALLAH makna dan fadilat

Subject: ASMA UL-HUSNA makna dan fadilat Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..." Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari. 1. Allah 2. Ar-Rahman - Maha Pemurah 3. Ar-Rahim - Maha Penyayang 4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah 5. Al-Quddus - Maha Suci 6. As-Salam - Maha Penyelamat 7. Al-Mu'min - Maha Pengaman 8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga 9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa 10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa 11. Al-Mutakabbir - Maha Besar 12. Al-Khaliq - Maha Pencipta 13. Al-Bari' - Maha Perancang 14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk 15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun 16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan 17. Al-Wahhab - Maha Pemberi 18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki 19. Al-Fattah - Maha Pembuka 20. Al-^Alim - Maha Mengetahui 21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup 22...

Selawat Tafrijiyah

  Ini adalah bacaan ringkas Selawat Tafrijiyah. Panduan ini disediakan secara tersusun untuk membantu anda mengamalkan dan menghafal selawat ini dengan mudah. Jika ini adalah panduan yang anda perlu, mari kita mulakan.. Lafaz Selawat Tafrijiyah Berbagai-bagai jenis selawat telah dinukilkan sejak zaman Nabi SAW dan para sahabat. Ia telah menjadi amalan para solihin, alim ulama serta orang-orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada Allah dan RasulNya. Antaranya adalah Selawat Tafrijiyah. Selawat “Tafrijiyah” yang juga disebut Selawat Nariyah ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Lafaz selawat ini adalah seperti berikut: Selawat Tafrijiyah Dalam Rumi Allahumma solli solatan kamilatan Wasalim sallaman taammaa A’laa saidina muhammadinil lazi tanhallubihil u’kadu Watanfariju bihil kurobu Watukdho bihil hawa iju Watunaalu bihirro gha’ ib-u Wahusnu khawaa timi Wayustasqhol ghomaamu biwajhihil karim Wa ala a...

Hakikat Insan - Wasiat Datukku

Hakikat Insan - Wasiat Datukku UNTUK ALLAHYARHAM DATUK KU TERCINTA (WASIAT DATUK KU). Ke hadapan datukku Almarhum Tuan Guru Haji Othman Yaakub (Raden Purba Jaya) yang dikasihi dan dicintai, semoga di dalam kandungan sihat Wakafkan serta mendapat rahmat agung daripada Allah s.w.t. Sesungguhnya aku sering berdoa kepada diriku dan dirimu moga-moga kita berdua mendapat keredhaan Allah di alam yang kekal (akhirat). Datukku yang ku kasihi,      Sesungguhnya aku tidak pernah terdetik dihatiku bahawa engkau telah kembali ke tempat asal kita. Aku masih merasai bahawa engkau hidup bersamaku di alam fana ini. Bagaimana keadaan mu sekarang? Maka sudah tentu engkau akan memberi jawapan positif kepadaku, sihat walafiat serta mendapat perlindungan Allah s.w.t. seperti dilindungiNya Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, Aulia-Aulia, Wali-Wali Allah. Maka berbahagialah engkau wahai datukku. ...