Al-An'aam (6:165)
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Ms 57
Perkara berkaitan takwa
Jika sukar menangis bila memikirkan akhirat, fikirlah kesudahan kita di akhirat nanti. Rasulullah SAW telah menceritakan bagaimana kesusahan kita di akhirat nanti. Betapa susahnya untuk menghadapi keadaan kita di akhirat nanti.
Menangis kerana takut kepada Allah SWT.
Contohnya diakhirat nanti kita akan berenang dalam peluh kita sendiri beribu-ribu tahun, sedangkan di dunia ini kita berenang 10 minit pun dah tak larat.
Bangkit dari kubur bila ditiup sangka kala. Sakit untuk bangun dari kubur jika kita sakit nak bangun solat subuh atau mengerjakan kebaikan. Berjalan sesudah bangkit juga susah. Bila terbayangkan akhirat, orang yang beriman akan menitiskan air mata.
Kenapa kita tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita dengan beribadat kepada Allah SWT.
Membenarkan dengan hati iaitu dengan tingkahlaku budaya hidup, menjadikan environment yang beriman kepada Allah.
Buat dengan anggota badan. Telinga, tangan.
Kalau orang mempunyai hati, akan megambil peringatan dan peringatan dari Allah SWT. Peringatan daripada Allah dari pelbagai cara, cuma kita hendaklah berfikir.
Benda yang berlaku kita yang buat, mengubah corak kehidupan kita. Jika kita melatih anak anak kita keluar dari rumah Allah akan mengamankan dunia ini. Jika bukan keluar dari rumah Allah, maka akan melakukan kerosakan di muka bumi.
Bila adzan hendaklah kita tunaikan hak Allah terutama di masjid. Bila dengar adzan hendaklah kita solat dahulu sebelum musafir.
Hak orang wakaf jangan zalim menggunakan. Contoh nya air minuman yang disediakan tidak boleh disalah guna, cuma untuk minum. Sejadah juga tidak boleh dibawa balik untuk digunakan di rumah kita.
Tilawatul Quran adalah mengamalkan Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca sahaja. Manual hidup kita, sebagai petunjuk kita. Orang yang paling mulia adalah orang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Mengamalkan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan Allah.
Bila mengetahui Allah sentiasa melihat kita makan kita akan akan berwaspada dari kemurkaan Allah.
Kita buat kerana takut kepada Allah, maka kita akan sentiasa waspada.
Al-Quran sebagai manual kita, perlu dibaca setiap hari. Sentiasa kena ikut. Wajib belajar tafsir supaya faham manual kita.
Tafsir Al-Quran MP3 Malaysia
Comments
Post a Comment