Skip to main content

Suasana Padang Mahsyar

Ustaz Nizam
Rayhar Travel

Hadis kudsi yang bermaksud:
"Ketahuilah pada hari dihimpunkan berbaris-baris. Dibaca buku catatan amalan."

 Orang yang baik dihimpunkan di hadapan Ar-Rahman dalam keadaan yang baik untuk ke Syurga. Manakala golongan kiri diheret ke neraka. Manusia bangun di padang mahsyar dalam keadaan telanjang, berkaki ayam dan kulop (keadaan tidak berkhatan).

Dahsyat nya mahsyar sehingga seseorang sibuk dengan diri sendiri sahaja tanpa mengira golongan orang lain. Nabi menyatakan "Nafsi... Nafsi... Nafsi...". Masing-masing mencari siapa yang boleh memberi pertolongan (Syafaat). Pergi ke Nabi Adam... Nabi diciptakan dengan tangan Allah SWT sendiri. Nabi Adam tidak dapat memberikan Syafaat kerana dia menyatakan dia ada berbuat silap dan dosa dengan Allah. Nafsi... Nafsi... Nafsi...". Jabal Ar-Rahmah adalah tempat doa Nabi Adam diterima.

Dalam buku "hayatussahabah" ada detail cerita. 

Kemudian berjumpa dengan Nabi Nuh AS. Wahai Noh, Syafaat kan kami. "Nafsi... Nafsi... Nafsi...". Kemuncak dakwah, Nabi Noh mengadu kepada Allah SWT. Umat Nabi Noh menutup telinga dengan jari-jari mereka, selubung dengan jubah-jubah mereka mengejek dakwah Nabi Noh AS. 950 tahun Nabi Noh. Doa Nabi Noh "jangan kamu hidupkan orang yang tak mahu dengar dan kafir... Surah Noh..
Surah Hud, Allah suruh Nabi Noh buat kapal.
12 orang sahaja yang beriman menaiki kapal Nabi Noh. 40 orang dan 40 binatang hasil dari 950 tahun berdakwah. Bila banjir, Nabi Nuh mencari anaknya. Tapi anaknya tidak mahu mengikuti Nabi Nuh AS. Nabi Nuh tersilap berdoa kepada Allah untuk anaknya. Setelah air susut, perahunya tersangkut kat Bukit Judi. "Nafsi... Nafsi... Nafsi...".

Kemudian dicari pula Nabi Ibrahim untuk memberi syafaat. "Nafsi... Nafsi... Nafsi...". Nabi Ibrahim pernah menipu sebanyak tiga kali (salsasamarrat). Dia menipu semasa raja menyuruh melakukan maksiat. Nabi Ibrahim menyatakan sakit sebab dia tak nak menghadiri majlis maksiat. Penipuan kedua yang dilakukan adalah menipu berhala yang besar memusnahkan berhala kecil bukan dia. Semasa hendak dilempar dalam api dia tidak ingin pertolongan dari Malaikat Jibril. Tempat paling seronok bila berada dalam api bila ditanyakan kepadanya. Nabi Ibrahim dihalau dari Babylon bersama isterinya Sarah. Masa berhijrah melalui raja yang suka ambil isteri orang, dia berbohong supaya Sarah menyatakan dia adalah saudara Ibrahim bukan isterinya. Raja bagi hadiah kepada Sarah hambat yang bernama Siti Hajar.

Kemudian berjumpa dengan Nabi Musa AS. Tapi Nabi Musa menyatakan "Nafsi... Nafsi... Nafsi...". Sebabnya Nabi Musa pernah membunuh seorang Qibti. Nabi Musa keluar dari Negara Mesir dan singgah di Madyan.

Kemudian berjumpa dengan Nabi Isa AS. "Nafsi... Nafsi... Nafsi...". Nabi Isa menyatakan dia menjadi sembahan, dan kerana itu dia tidak dapat menolong. Nabi Isa menyarankan bertemu dengan Rasullah SAW.

Setelah bertemu dengan Rasulullah, dia pergi ke Arasy dan sujud sehinggakan Allah menanyakan  apa hajat Rasulullah. Rasulullah inginkan memberi Syafaat kepada umatnya. Umatnya ada tanda pada dahinya ada tanda sujud, mula berseri kerana terkena wuduk, Aku ingin balas umat ku mendoakan dan memuji untuk Ku. Aku kenal umat ku kerana dia sentiasa mengikuti ku. Baca surah Al-Mulk setiap hari.

Comments

Popular posts from this blog

99 NAMA ALLAH makna dan fadilat

Subject: ASMA UL-HUSNA makna dan fadilat Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..." Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari. 1. Allah 2. Ar-Rahman - Maha Pemurah 3. Ar-Rahim - Maha Penyayang 4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah 5. Al-Quddus - Maha Suci 6. As-Salam - Maha Penyelamat 7. Al-Mu'min - Maha Pengaman 8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga 9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa 10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa 11. Al-Mutakabbir - Maha Besar 12. Al-Khaliq - Maha Pencipta 13. Al-Bari' - Maha Perancang 14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk 15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun 16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan 17. Al-Wahhab - Maha Pemberi 18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki 19. Al-Fattah - Maha Pembuka 20. Al-^Alim - Maha Mengetahui 21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup 22...

Hakikat Insan - Wasiat Datukku

Hakikat Insan - Wasiat Datukku UNTUK ALLAHYARHAM DATUK KU TERCINTA (WASIAT DATUK KU). Ke hadapan datukku Almarhum Tuan Guru Haji Othman Yaakub (Raden Purba Jaya) yang dikasihi dan dicintai, semoga di dalam kandungan sihat Wakafkan serta mendapat rahmat agung daripada Allah s.w.t. Sesungguhnya aku sering berdoa kepada diriku dan dirimu moga-moga kita berdua mendapat keredhaan Allah di alam yang kekal (akhirat). Datukku yang ku kasihi,      Sesungguhnya aku tidak pernah terdetik dihatiku bahawa engkau telah kembali ke tempat asal kita. Aku masih merasai bahawa engkau hidup bersamaku di alam fana ini. Bagaimana keadaan mu sekarang? Maka sudah tentu engkau akan memberi jawapan positif kepadaku, sihat walafiat serta mendapat perlindungan Allah s.w.t. seperti dilindungiNya Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, Aulia-Aulia, Wali-Wali Allah. Maka berbahagialah engkau wahai datukku. ...

Musuh-Musuh Tasawuf dan Tarikat

Musuh-Musuh Tasawuf dan Tarikat Posted by admin on October 25th, 2009 PENGENALAN Pada pengamatan dan pemerhatian penulis, sejak kebelakangan ini, telah wujud segolongan puak di Malaysia yang begitu galak memperlekeh, mencaci dan menghina tawasuf serta tarikat. Pelbagai tohmahan demi tohmahan dilontarkan kepada tokoh-tokoh ulama sufi muktabar serta wali-wali Allah Taala. Golongan ini merasakan diri mereka begitu hebat berbanding para ulama yang telah disebutkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai pewaris para nabi. Walaupun ilmu agama dan amalan yang dimiliki mereka tidaklah seberapa jika hendak dibandingkan dengan para ulama, namun mereka dengan megah mendabit dada untuk mengatakan mereka begitu arif serta faham semuanya mengenai Islam. Amat menyedihkan lagi, golongan ini terdiri daripada kalangan orang Islam sendiri yang mengaku memahami, mendalami dan memperjuangkan Islam, tetapi hakikatnya merekalah perosak umat Islam. Mungkin mereka terlupa tentang firman Allah Taala di dalam sebuah...