Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Infak di Jalan Allah

Al-Baqarah 2:261 مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ  أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. Sedekah adalah pemberian kepada orang yang memerlukan. Infak wajib atau sunat. Fakir Miskin Fisabilillah. Pemberi Syafaat dan terhindar dari azab kubur. Sedekah dapat menolak kemurkaan Allah. Golongan kaya bukan bermegah dengan harta yang dimiliki. Bersedekah adalah amalan yang dituntut untuk dihayati. Baginda SAW adalah orang yang paling pemurah dan menyanjung orang yang pemurah.

Akhirat kekal abadi

Aal-i-Imraan (3:185) كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Perkara Berkaitan Takwa

Al-An'aam (6:165) وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Ms 57 Perkara berkaitan takwa  Jika sukar menangis bila memikirkan akhirat, fikirlah kesudahan kita di akhirat nanti. Rasulullah SAW telah menceritakan bagaimana kesusahan kita di akhirat nanti. Betapa susahnya untuk menghadapi keadaan kita di akhirat nanti. Menangis kerana takut kepada Allah SWT. Contohnya diakhirat nanti kita akan berenang dalam peluh kita sendiri beribu-ribu tahun, sedangkan di dunia ini kita berenang 10 minit pun dah tak larat.

Suasana Padang Mahsyar

Ustaz Nizam Rayhar Travel Hadis kudsi yang bermaksud: "Ketahuilah pada hari dihimpunkan berbaris-baris. Dibaca buku catatan amalan."  Orang yang baik dihimpunkan di hadapan Ar-Rahman dalam keadaan yang baik untuk ke Syurga. Manakala golongan kiri diheret ke neraka. Manusia bangun di padang mahsyar dalam keadaan telanjang, berkaki ayam dan kulop (keadaan tidak berkhatan). Dahsyat nya mahsyar sehingga seseorang sibuk dengan diri sendiri sahaja tanpa mengira golongan orang lain. Nabi menyatakan "Nafsi... Nafsi... Nafsi...". Masing-masing mencari siapa yang boleh memberi pertolongan (Syafaat). Pergi ke Nabi Adam... Nabi diciptakan dengan tangan Allah SWT sendiri. Nabi Adam tidak dapat memberikan Syafaat kerana dia menyatakan dia ada berbuat silap dan dosa dengan Allah. Nafsi... Nafsi... Nafsi...". Jabal Ar-Rahmah adalah tempat doa Nabi Adam diterima. Dalam buku "hayatussahabah" ada detail cerita.  Kemudian berjumpa dengan Nabi Nuh