Skip to main content

Bab 21 Hakikat Insan


BAB 21 Hakikat Insan
   SABAR DALAM KONTEKS MAKRIFAT

   Banyak orang memperkatakan tentang sabar di mana biasanya sabar dijadikan "HADIAH" atau penawar kepada manusia di dalam menghadapi keadaan negatif yang menimpanya.
   Bila seseorang manusia ditimpa sesuatu kesusahan maka manusia memerlukan sabar, bila seseorang manusia ditimpa sesuatu keadaan resah gelisah, maka manusia memerlukan suatu yang bernama sabar, pendek kata apabila manusia menghadapi sesuatu musibah maka sudah tentu manusia tersebut memerlukan kepada sabar. Sesungguhnya dengan memiliki sabar manusia tidak mungkin akan menempuh perasaan putus asa, akan putus harapan di dalam hidupna.
   Apabila seseorang kawan menghadapi sesuatu yang bernama "SUSAH", maka sudah tentu seorang kawannya yang lain akan menasihati kawannya itu supaya bersabar. Kita tidak harus mengikut hati dalam menghadapi keadaan begini. Kita harus sabar, nasihat sebegini biasanya disediakan hanya untuk orang lain, tetapi jarang di kalangan kita menggunakan sabar untuk dirinya sendiri apabila ditimpa dengan suatu yang bernama susah, malahan orang yang berkenaan tidak pun dapat menggunakan sabar malahan dirinya terus melenting, walaupun sebelum ini hanya pernah mencurahkan nasihatsabar kepada orang lain. Apakah sebenarnya hakikat sabar ini hanya untuk dijadikan "HADIAH" bagi kegunaan orang lain? Jawabnya tentu tidak. Tetapi apa yang diamal itulah hakikat sebenar yang berlaku pada masyarakat kita kala ini.
   Sesungguhnya sabar itu bukan sekali-kali untuk dihadiahkan kepada orang lain tetapi sebenarnya ia harus diguna untuk kegunaan amalan diri sendiri.
   Seperti firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran:
Surah Al-Imran آل عمران3:200

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنُوا اصبِروا وَصابِروا وَرابِطوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ

Ertinya:
   Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)

Ertinya dari buku Hakikat Insan:
   Hai orang yang beriman, bersabarlah dan teguhkanlah sesabaran kamu dan tetaplah bersedia (menempuh ujian) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.

   Jadi jelaslah apa yang dikatakan ujian yang menimpa kita sebenarnya adalah ujian Afaal Allah terhadap sifatNya semata-mata. Dan manusia jangan sekali-kali mengaku dirinya itu adalah dirinya sebaliknya manusia tersebut haruslah berpegang dengan satu keyakinan bahawa aku adalah sifat Allah semata tidak lebih dan tidak kurang daripada ini.
   Sesungguhnya sifat sabar itu hanyalah diperlukan oleh manusia yang masih tidak mengenal dirinya. manusia yang masih terapung-apung dengan kegelapan pengetahuan yang tidak mengetahui dirinya, dari mana datangnya dan kemana pula harus kembali. Disamping itu sifat sabar sebenarnya hanya diperlukan oleh manusia-manusia yang tolol, yang mendabik dada nah inilah hak aku, itulah hak aku dan manusia tersebut merasai dirinya berhak ke atas sesuatu dan harus pula dapat memilikinya.
   Sesungguhnya sabar diperlukan akibat manusia merasai dirinya boleh menguasai dan memiliki sesuatu tetapi sebaliknya apabila manusia tersebut tidak berjaya memilikinya, maka sifat sabar diperlukan olehnya.
   Manusia merasai bahawa dia harus memiliki kekayaan, bila ditimpa dengan kemiskinan maka manusia tersebut perlukan sabar. Manusia merasai dia tidak harus susah bila susah menimpanya maka perlulah manusia itu kepada sabar, begitulah pula seterusnya.
   Sebaliknya apabila manusia dapat berpegang dengan konsep susah itu adalah hak Allah, maka ia akan memulangkan susah itu kepada Allah, senang itu adalah hak Allah maka dia akan memulangkan segala kesenangan itu kepada Allah.
   Lantaran itu kalau susah adalah hak Allah, senang pun hak Allah, maka mana mungkin timbulnya sitilah sabar, sebab istilah sabar adalah timbul apabila adanya istilah susah dan istilah sabar juga timbul apabila adanya istilah senang, jadi bila tidak ada istilah senang dan istilah susah padadiri seseorang manusia, maka sudah tentu hilanglah pula istilah sabar pada dirinya. Oleh itu tiadalah lagi istilah sabar pada dirinya apabila luput istilah senang dan istilah susah pada dirinya.
   Justeru itu haruslah memahami falsafah dan pegangan ahli-ahli Sufi yang menegaskan bahawa segala itu hendaklah dipandang dan persaksian dengan konsep:

"SAIYIDULKASROTI FILWAHDATI" 
   Iaitu persaksikanlah pada yang banyak itu kepada yang satu.

"SAIYIDULWAHDATI FILKASOTI"
   Iaitu persaksikanlah pada yang satu itu pada yang banyak.

"SAIYIDULWAHDATI FILWAHDATI"
   Iaitu persaksikanlah pada yang satu itu pada yang satu.

"SAIYIDULWAHDATI FIINNUURILWAHDATI"
   Iaitu persaksikanlah pada yang satu di dalam Nur (rahsia) yang satu.

   Dengan berpegang dengan konsep di ataslah, maka orang-orang yang mengenali dirinya dan mengenali Tuhannya dapat menerima satu ujian itu dengan penuh keredhaan tanpa wujudnya sifat syirik pada dirinya dengan Allah s.w.t.

   Mereka tidak mungkin merasai gembira ketika menghadapi apa yang dikatakan "Senang" dan tidak pula bersedih ketika menghadapi apa yang dinamakan "Kepahitan" di dalam hidup.

   Hidupnya tidak pernah gembira, tidah pernah susah, tidak pernah gelisah dan tidak pernah, tidak pernah, tidak pernah.............. pendek kata hidupnya dengan

"INNALILLAH HI WAINNA ILAIHIRAJIUUN".

   Sesungguhnya dengan berpegangkan konsep di ataslah maka dapat terhasillah sustu bentuk kesabaran yang sebenar pada dirinya dan sesungguhnya pula formula konsep di ataslah yang pernah dipegang oleh Rasulullah s.a.w., para Nabi-nabi, Wali-wali Allah yang mempunyai dan mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t.

Comments

  1. mas ada boleh dong di shared hakikat insan nya secara lengkap

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

99 NAMA ALLAH makna dan fadilat

Subject: ASMA UL-HUSNA makna dan fadilat Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..." Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari. 1. Allah 2. Ar-Rahman - Maha Pemurah 3. Ar-Rahim - Maha Penyayang 4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah 5. Al-Quddus - Maha Suci 6. As-Salam - Maha Penyelamat 7. Al-Mu'min - Maha Pengaman 8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga 9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa 10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa 11. Al-Mutakabbir - Maha Besar 12. Al-Khaliq - Maha Pencipta 13. Al-Bari' - Maha Perancang 14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk 15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun 16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan 17. Al-Wahhab - Maha Pemberi 18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki 19. Al-Fattah - Maha Pembuka 20. Al-^Alim - Maha Mengetahui 21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup 22...

Hakikat Insan - Wasiat Datukku

Hakikat Insan - Wasiat Datukku UNTUK ALLAHYARHAM DATUK KU TERCINTA (WASIAT DATUK KU). Ke hadapan datukku Almarhum Tuan Guru Haji Othman Yaakub (Raden Purba Jaya) yang dikasihi dan dicintai, semoga di dalam kandungan sihat Wakafkan serta mendapat rahmat agung daripada Allah s.w.t. Sesungguhnya aku sering berdoa kepada diriku dan dirimu moga-moga kita berdua mendapat keredhaan Allah di alam yang kekal (akhirat). Datukku yang ku kasihi,      Sesungguhnya aku tidak pernah terdetik dihatiku bahawa engkau telah kembali ke tempat asal kita. Aku masih merasai bahawa engkau hidup bersamaku di alam fana ini. Bagaimana keadaan mu sekarang? Maka sudah tentu engkau akan memberi jawapan positif kepadaku, sihat walafiat serta mendapat perlindungan Allah s.w.t. seperti dilindungiNya Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, Aulia-Aulia, Wali-Wali Allah. Maka berbahagialah engkau wahai datukku. ...

Musuh-Musuh Tasawuf dan Tarikat

Musuh-Musuh Tasawuf dan Tarikat Posted by admin on October 25th, 2009 PENGENALAN Pada pengamatan dan pemerhatian penulis, sejak kebelakangan ini, telah wujud segolongan puak di Malaysia yang begitu galak memperlekeh, mencaci dan menghina tawasuf serta tarikat. Pelbagai tohmahan demi tohmahan dilontarkan kepada tokoh-tokoh ulama sufi muktabar serta wali-wali Allah Taala. Golongan ini merasakan diri mereka begitu hebat berbanding para ulama yang telah disebutkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai pewaris para nabi. Walaupun ilmu agama dan amalan yang dimiliki mereka tidaklah seberapa jika hendak dibandingkan dengan para ulama, namun mereka dengan megah mendabit dada untuk mengatakan mereka begitu arif serta faham semuanya mengenai Islam. Amat menyedihkan lagi, golongan ini terdiri daripada kalangan orang Islam sendiri yang mengaku memahami, mendalami dan memperjuangkan Islam, tetapi hakikatnya merekalah perosak umat Islam. Mungkin mereka terlupa tentang firman Allah Taala di dalam sebuah...