Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

99 NAMA ALLAH makna dan fadilat

Subject: ASMA UL-HUSNA makna dan fadilat Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..." Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari. 1. Allah 2. Ar-Rahman - Maha Pemurah 3. Ar-Rahim - Maha Penyayang 4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah 5. Al-Quddus - Maha Suci 6. As-Salam - Maha Penyelamat 7. Al-Mu'min - Maha Pengaman 8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga 9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa 10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa 11. Al-Mutakabbir - Maha Besar 12. Al-Khaliq - Maha Pencipta 13. Al-Bari' - Maha Perancang 14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk 15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun 16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan 17. Al-Wahhab - Maha Pemberi 18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki 19. Al-Fattah - Maha Pembuka 20. Al-^Alim - Maha Mengetahui 21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup 22

Hakikat Ihsan dalam Solat.

Apa yang diinginkan oleh tasawwuf ialah mencapai hakikat sebenar al-Ihsan sebagaimana yang terkandung di dalam hadith: الإحسان أن تعبد الله كأنك تراة فإن لم تكن تراه فإنه يراك Maksudnya: “Ihsan itu ialah anda berubudiyyah kepada Allah seolah-olah anda melihatnya, maka sekiranya anda tidak melihat Allah maka sesungguhnya Dia melihat kamu”.

Peringkat Solat

Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu. Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala. Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasi

DOA Selepas Solat

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta 'alam. Salawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., kerabat-kerabatnya Dan sahabat-sahabatnya. Yaa Allah, Ya Rabbi, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Karim, Ya Sami', Ya Basir. Ya Allah, ampunkan dosa ibuku, Ya Allah, ampunkan dosa bapaku. Masukkanlah mereka kedua ke dalam syurga firdaus Engkau. Jauhkan mereka dari seksa kubur, seksa neraka dan hindarkan mereka kepayahan hari hisab dan kesusahan di Padang Mahsyar serta kesulitan di titian sirath. Terimalah roh mereka sebaik-baik penerimaan dan tempatkanlah mereka di tempat sebaik-baik tempat, sebagaimana roh orang-orang beriman. Amin, Ya Allah, Amin, Ya Allah. Ya Allah, Ya 'Azhim, Ya Ghaffar. Ampunkanlah dosa datuk-nenekku dan ahli keluargaku yang sudah mati, yang masih hidup dan yang akan datang dan guru-guruku serta muslimin dan muslimat. Masukkan mereka semua ke dalam Syurga Firdaus Engkau. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Malikul Quddus Sussalam, Ya 'Aziz, Ya Karim, Ya