Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Suasana Padang Mahsyar

Ustaz Nizam Rayhar Travel Hadis kudsi yang bermaksud: "Ketahuilah pada hari dihimpunkan berbaris-baris. Dibaca buku catatan amalan."  Orang yang baik dihimpunkan di hadapan Ar-Rahman dalam keadaan yang baik untuk ke Syurga. Manakala golongan kiri diheret ke neraka. Manusia bangun di padang mahsyar dalam keadaan telanjang, berkaki ayam dan kulop (keadaan tidak berkhatan). Dahsyat nya mahsyar sehingga seseorang sibuk dengan diri sendiri sahaja tanpa mengira golongan orang lain. Nabi menyatakan "Nafsi... Nafsi... Nafsi...". Masing-masing mencari siapa yang boleh memberi pertolongan (Syafaat). Pergi ke Nabi Adam... Nabi diciptakan dengan tangan Allah SWT sendiri. Nabi Adam tidak dapat memberikan Syafaat kerana dia menyatakan dia ada berbuat silap dan dosa dengan Allah. Nafsi... Nafsi... Nafsi...". Jabal Ar-Rahmah adalah tempat doa Nabi Adam diterima. Dalam buku "hayatussahabah" ada detail cerita.  Kemudian berjumpa dengan Nabi Nuh