Skip to main content

Posts

Mengenal Jin dan Syaitan serta Peranannya dalam Kehidupan Manusia.

Mengenal Jin dan Syaitan serta Peranannya dalam Kehidupan Manusia. Anak Jin Dan Syaitan MUKHANNATS ADALAH ANAK JIN ATAU SYAITAN , ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit. Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka. 9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA:- 1. ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. 2. WATHIIN : Pergi kepad...

Rasulullah S.A.W. - Nabi terakhir

KHATAMUN NUBUWWAH   Allah (Swt.) Yg MAHA Esa, Tiada Sekutu BagiNYA, Muhammad (saw) Hambanya & Rasul UtusanNYA, Hadapkanlah WajahMu Ke Mana Sahaja Yg Engkau Mahu, SsgghNYA Engkau Adalah SeOrg Yg Berada dlm Kemenangan +Pertolongan

Awal agama mengenal Allah (Makrifat)

APA DIA MAKRIFAT? Ada pun makrifat itu rahsianya ialah mengenal Zat Allah dan Zat Rasulullah,oleh kerana itulah makrifat dimulakan:- 1. Makrifat diri yang zahir. 2. Makrifat diri yang bathin. 3. Makrifat Tuhan. APA GUNA MAKRIFAT? Ada pun guna makrifat kerana mencari HAKIKAT iaitu mengenal yang Qadim dan mengenal yang baharu sebagaimana kata: "AWALUDDIN MAKRIFATULLAH" Ertinya: Awal ugama mengenal Allah. Maksudnya mengenal yang mana Qadim dan yang mana baharu serta dapat mengenal yang Qadim dan yang baharu,maka dapatlah membezakan diantara Tuhan dengan hamba.

Infak di Jalan Allah

Al-Baqarah 2:261 مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ  أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. Sedekah adalah pemberian kepada orang yang memerlukan. Infak wajib atau sunat. Fakir Miskin Fisabilillah. Pemberi Syafaat dan terhindar dari azab kubur. Sedekah dapat menolak kemurkaan Allah. Golongan kaya bukan bermegah dengan harta yang dimiliki. Bersedekah adalah amalan yang dituntut untuk dihayati. Baginda SAW adalah orang yang paling pemurah dan menyanjung orang yang pemurah....

Akhirat kekal abadi

Aal-i-Imraan (3:185) كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.