Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Awal agama mengenal Allah (Makrifat)

APA DIA MAKRIFAT? Ada pun makrifat itu rahsianya ialah mengenal Zat Allah dan Zat Rasulullah,oleh kerana itulah makrifat dimulakan:- 1. Makrifat diri yang zahir. 2. Makrifat diri yang bathin. 3. Makrifat Tuhan. APA GUNA MAKRIFAT? Ada pun guna makrifat kerana mencari HAKIKAT iaitu mengenal yang Qadim dan mengenal yang baharu sebagaimana kata: "AWALUDDIN MAKRIFATULLAH" Ertinya: Awal ugama mengenal Allah. Maksudnya mengenal yang mana Qadim dan yang mana baharu serta dapat mengenal yang Qadim dan yang baharu,maka dapatlah membezakan diantara Tuhan dengan hamba.